KUALA LUMPUR - Jumlah hasil petroleum negara dari tahun 2018 hingga 2024 adalah sebanyak RM775.2 bilion, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.
Beliau berkata, berdasarkan data daripada Petroliam Nasional Bhd (Petronas), jumlah itu merangkumi RM284.8 billion bagi Semenanjung Malaysia, RM205.0 billion bagi Sabah dan RM285.4 billion untuk Sarawak.