KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan beberapa kawasan di Perak, Pahang, Sarawak dan Sabah serta di seluruh Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Labuan hingga jam 1 pagi ini.
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan kawasan terlibat ialah Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk dan Hilir Perak di Perak manakala di Pahang membabitkanTanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Maran dan Kuantan.