Kematian, kes jangkitan Covid-19 menurun di Itali

Iklan
Kes jangkitan dan kematian di Itali dilaporkan mula menunjukkan penurunan sejak Sabtu lalu. - FOTO: AGENSI

ROM - Itali mengumumkan penurunan angka kematian harian dan jangkitan koronavirus (Covid-19) yang telah menyaksikan negara itu sebagai pusat penyebaran wabak tersebut di Eropah dan meragut lebih 6,000 nyawa.

Jumlah kematian di negara Mediterranean itu kini dilaporkan menurun daripada 793 pada Sabtu kepada 651 pada Ahad dan 601 direkodkan semalam.

Iklan
Iklan

Selain itu, angka jangkitan juga menurun daripada 6,557 yang dilaporkan pada hari Sabtu kepada 4,789 kes semalam.

Pegawai kanan perubatan di wilayah Lombardy di utara negara itu yang terjejas teruk juga dilihat mampu tersenyum buat pertama kali selepas berdepan situasi yang sukar sejak beberapa minggu lalu.

Iklan

"Kami masih belum boleh mengisytiharkan ‘kemenangan’. Tetapi, ada harapan untuk memenangi peperangan Covid-19 ini,” kata Giulio Gallera.

Sementara itu, Jerman memaklumkan ia menerima permintaan pemerintah Itali untuk merawat beberapa pesakit dan enam daripadanya dipindahkan ke hospital di Dresden dan Leizpig di Saxony.

Iklan

Pada 9 Mac lalu, pentadbiran Perdana Menteri, Giuseppe Conte mengumumkan perintah lockdown seluruh negara yang mengehadkan pergerakan kira-kira 60 juta penduduk dan masih diteruskan hingga kini sebagai usaha untuk membendung penularan Covid-19.

Minggu lalu, Conte terpaksa mengambil langkah lebih tegas selepas terdapat segelintir penduduk yang masih berdegil melanggar perintah kuarantin tersebut. - Agensi