TODAK x HATTEN HOTEL eFootball Showcase satukan e-sukan dan hospitaliti premium

Iklan
Penganjuran TODAK x HATTEN HOTEL eFootball Showcase pada 18 hingga 19 Oktober 2025 memberi manfaat kepada komuniti e-sukan dan pelancongan tempatan.

TODAK Culture sekali lagi membuktikan kehebatan dalam dunia e-sukan menerusi penganjuran TODAK x HATTEN HOTEL eFootball Showcase hasil kerjasama dengan Hatten Hotel pada 18 hingga 19 Oktober lalu di Esports Room, Tingkat 12, Hatten Hotel, Melaka.

Acara dua hari itu menyatukan gaya hidup e-sukan dengan pengalaman hospitaliti premium sekali gus menempatkan Hatten Hotel sebagai Hab Esports Wilayah Selatan.

Iklan
Iklan

Ketua Pegawai Eksekutif Todak Culture, Nurul Hakimi Haque berkata, kerjasama dengan Hatten Hotel memberi peluang kepada Todak untuk menampilkan sisi gaya hidup sebenar atlet e-sukan kepada masyarakat.

"Kami percaya kolaborasi ini bukan sahaja mengangkat imej Todak malah turut memperkukuh Melaka sebagai pusat tumpuan e-sukan di rantau ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Iklan

Lebih mengujakan, acara turut menampilkan pemain eFootball Todak termasuk juara dunia TDK Minbappe, TDK Tsubasa, TDK TengkumiE dan TDK Fluzsiuu.

Kehadiran Minbappe, pemain nombor satu dunia selepas menjuarai FIFAe eFootball Mobile 2024 di Riyadh menonjolkan komitmen Todak dalam mengangkat e-sukan Malaysia ke pentas global, yang kini turut layak ke pusingan kelayakan serantau FIFAe World Cup ft eFootball Manole 2025 sekali lagi membuktikan kehebatan mereka di pentas antarabangsa.

Iklan

Antara sorotan aktiviti termasuk Reality Show 'A Day in My Life': Rakaman eksklusif gaya hidup harian pemain profesional eFootball Todak di Hatten Hotel dan Meet & Greet: Sesi ramah mesra bersama peminat dan komuniti e-sukan termasuk sesi bergambar dan pembelian barangan eksklusif Todak.

Dalam pada itu, kerjasama itu bukan sahaja membawa manfaat kepada kedua-dua jenama malah juga komuniti e-sukan dan pelancongan tempatan.

Hatten Hotel mendapat pengiktirafan sebagai destinasi pilihan peminat dan atlet e-sukan manakala Todak terus mengukuhkan reputasinya sebagai peneraju gaya hidup e-sukan Malaysia di peringkat global.

Menurut Todak Culture, kolaborasi bersama Hatten Hotel adalah sebahagian daripada pelan pengembangan Todak pada tahun 2025 hingga tahun 2030 untuk memperkukuh kehadiran jenama di sektor gaya hidup dan e-sukan.

Melalui aktiviti yang melibatkan komuniti secara langsung, Todak memberi tumpuan kepada pengukuhan jenama di peringkat akar umbi dan meningkatkan interaksi bersama peminat dalam suasana eksklusif.