Kerajaan cadang segerakan pembinaan tembok konkrit sempadan Malaysia-Thailand
Iklan
Zaliha bercakap pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-15 di Dewan Rakyat, Bangunan Parlimen, pada Khamis. Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Kerajaan bercadang untuk menyegerakan pembinaan tembok konkrit baharu di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand bagi meningkatkan kecekapan kawalan sempadan dan menjamin keselamatan negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa berkata, pembinaan itu, khususnya di kawasan berisiko tinggi seperti dari jajaran Chuping hingga ke Padang Besar, Perlis bagi menggantikan pagar kawat berduri yang telah uzur dan mudah dicerobohi.
Iklan
Iklan
Bagaimanapun, beliau berkata, kelulusan permohonan projek pembinaan pagar keselamatan perlu dikemukakan kepada Kementerian Ekonomi melalui Majlis Keselamatan Negara.
"Kerajaan Madani telah meluluskan peruntukan RM327 juta bagi melaksanakan projek pembangunan baharu dan penaiktarafan tembok ataupun pagar keselamatan sedia ada di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand melibatkan Perlis, Kedah dan Perak.
Iklan
"Projek ini dijangka meliputi panjang keseluruhan 110.7 kilometer, tertumpu di kawasan yang dikenal pasti bersesuaian dari segi teknikal dan keselamatan,” katanya pada sesi Kamar Khas di Dewan Rakyat pada Khamis.
Beliau menjawab soalan Rushdan Rusmi (PN-Padang Besar) mengenai keperluan mendesak untuk menaik taraf infrastruktur dan fasiliti keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand.
Iklan
Selain pembinaan fizikal tembok sempadan, Dr Zaliha berkata, kerajaan turut menitikberatkan kebajikan dan kesiapsiagaan pasukan keselamatan yang bertugas di sempadan negara termasuk memperbaiki kemudahan asas seperti bekalan air bersih di pos kawalan.
Beliau mengakui jumlah bekalan air bersih yang dihantar dan disimpan di dalam tangki masih tidak mencukupi menyebabkan sebahagian besar daripada pos keselamatan masih bergantung kepada takungan air hujan atau sumber sungai yang tidak dirawat sepenuhnya.
Justeru, Dr Zaliha berkata, bagi fasa pertama sejumlah RM20 juta telah diperuntukkan di bawah Rolling Plan Kelima (RP5) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi pelaksanaan projek pembekalan saluran paip air bersih dan terawat.
"Kerajaan sekarang memberi penekanan serius terhadap penambahbaikan infrastruktur asas bagi memastikan anggota keselamatan tidak lagi menghadapi kekangan seperti kekurangan bekalan air bersih.
"Penambahbaikan ini akan meningkatkan tahap keselesaan, daya tahan serta juga kesiapsiagaan anggota keselamatan dalam melaksanakan tugas mempertahankan kedaulatan negara,” katanya. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kecurian kabel rel: Ada keperluan mendesak pinda undang-undang - Menteri"><meta itemprop="description" content="Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengakui terdapat keperluan mendesak untuk meneliti dan meminda peruntukan undang-undang sedia ada berhubung kes kecurian komponen dan kabel rel bagi memastikan hukuman yang dikenakan benar-benar memberi kesan pencegahan, lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkara berkenaan telah dibincangkan dalam satu pertemuan melibatkan semua operator perkhidmatan kereta api termasuk Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) yang merupakan pemilik projek East Coast Rail Link (ECRL) serta Prasarana Malaysia (Prasarana) baru- baru ini.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/766625/berita/nasional/kecurian-kabel-rel-ada-keperluan-mendesak-pinda-undang-undang---menteri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KDN #keskecuriankabelrel #SaifuddinNasution"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-03T10:15:09.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/Zz2oe1fWShFCdPxqE/x180"><meta itemprop="duration" content="P151S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.html?video=x9z4rs8"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.js" data-video="x9z4rs8"></script>