Rotan bukan penderaan, tetapi simbol kasih mendidik - Empati

Iklan
Syahida

SHAH ALAM - Badan bukan kerajaan (NGO) Empati menegaskan bahawa hukuman rotan tidak sepatutnya dianggap sebagai penderaan, sebaliknya dilihat sebagai simbol autoriti dan kasih dalam mendidik.

Pengasas dan Presiden NGO Empati, Syahida Zulkarnain berkata, rotan merupakan bentuk ta’dib dalam Islam untuk membentuk sempadan moral dan disiplin, bukan menimbulkan trauma.

Iklan
Iklan

Justeru, katanya, kerajaan diseru untuk memulihkan semula autoriti disiplin sekolah melalui pelaksanaan hukuman rotan berasaskan prosedur operasi standard (SOP) ketat dan berperikemanusiaan, di samping memperkukuh Dasar Pendidikan Negara agar lebih menyeluruh, selamat dan berpaksikan nilai murni.

"Kajian akademik Universiti Malaya (Jurnal Fiqh, 2019) menyokong pelaksanaan rotan bersyarat mengikut SOP Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang selaras dengan Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959 dan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2003.

Iklan

"Hukuman rotan dibenarkan hanya untuk kesalahan berat dilakukan oleh guru diberi kuasa, menggunakan rotan ringan, tanpa mencederakan, dan disertai laporan bertulis," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Sebagai organisasi bekerja rapat dengan pelajar juvana dan komuniti sekolah, menurutnya, Empati melihat peningkatan kes jenayah dalam kalangan pelajar baru-baru ini sebagai tanda kecemasan sosial perlu ditangani segera dengan tindakan disiplin seimbang dengan sistem sokongan menyeluruh.

Iklan

Tambahnya, Empati juga menggesa agar Dasar Pendidikan Kebangsaan (DPK) diperbaharui dengan mengambil kira realiti semasa, termasuk cabaran media sosial, jenayah juvana, dan kesihatan mental pelajar.

Syahida berkata, antara cadangan termasuklah menubuhkan Jawatankuasa Pemulihan Disiplin Sekolah dan melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) secara rasmi dalam program pendidikan disiplin di sekolah menengah.

Ujarnya, Empati turut mencadangkan supaya had umur minimum 16 tahun bagi penggunaan media sosial ditetapkan, menggerakkan pelibatan ibu bapa dan komuniti serta mewujudkan sistem kaunseling bersepadu dengan latihan berterusan.

"Empati percaya bahawa pelajar bukan sahaja perlu diajar dengan kasih, tetapi juga dipandu dengan batas. Disiplin yang bijak dan empatik mampu membentuk pelajar berani menghormati, bukan takut, serta bertanggungjawab terhadap diri dan masyarakat," ujarnya.