Tugu misteri di Lenggeng cetus kebimbangan penduduk

Iklan
Penguat kuasa MBS memasang notis sita pada batu tugu yang dibina di Bandar Tasik Senangin. Foto Mohd Asna

SEREMBAN – Kewujudan sebuah tugu di atas sebidang tanah berhampiran kawasan perumahan di Bandar Tasik Senangin, Lenggeng di sini menimbulkan kegusaran dalam kalangan penduduk.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng, Datuk Mohd Asna Amin berkata, beliau menerima aduan berhubung kewujudan batu tugu tersebut pada Rabu.

Iklan
Iklan

“Penduduk meluahkan kebimbangan mengenai kewujudan batu tugu itu. Strukturnya walaupun bersaiz sederhana tetapi tidak sesuai dibina di situ. Timbul juga persoalan mengapa dalam banyak-banyak lokasi, kawasan itu yang dipilih,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Penduduk setempat diminta bertenang dan memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya. Foto Mohd Asna

Iklan

Menurutnya, beliau telah memaklumkan perkara berkenaan kepada Majlis Bandaraya Seremban (MBS) untuk tindakan lanjut dan difahamkan notis merobohkan struktur berkenaan telah dikeluarkan.

Jelas beliau, sehingga kini pihaknya masih belum mengetahui sebab tugu tersebut dibina di kawasan itu.

Iklan

“Malah, saya juga difahamkan semalam (Rabu) terdapat sebuah bas menurunkan ramai penumpang ke lokasi berkenaan, namun tidak dapat dipastikan tujuan mereka berada di situ.

“Saya tegaskan, keadaan yang boleh menimbulkan ketegangan dalam kalangan penduduk perlu dielakkan, dan saya akan mendapatkan maklum balas lanjut daripada MBS mengenai status tanah tersebut,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap penduduk setempat dapat bertenang dan memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya.