Dua lelaki alami detik mengerikan dihempap konkrit rumah roboh

Iklan
Salah seorang mangsa cedera akibat dihempap dalam kejadian rumah roboh di perkampungan atas air di Kampung Tanjung Aru Lama, Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU – Dua lelaki dilaporkan cedera selepas sebahagian rumah yang mereka diami roboh dalam kejadian di perkampungan atas air di Kampung Tanjung Aru Lama, di sini pada Khamis.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, kedua-dua mangsa berusia 44 tahun mengalami kecederaan selepas dihempap bahagian konkrit rumah berkenaan.

Iklan
Iklan

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Ordine Gilu berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada jam 8.47 pagi.

Katanya, seramai 10 anggota digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira tiga kilometer dari BBP Kota Kinabalu.

Iklan

Sebahagian struktur rumah yang roboh dalam kejadian di perkampungan atas air di Kampung Tanjung Aru Lama, Kota Kinabalu pada Khamis.

“Menurut laporan, sebuah rumah atas air jenis tidak kekal telah roboh di bahagian konkrit belakang rumah.

Iklan

“Terdapat dua mangsa cedera – mangsa pertama mengalami kecederaan pada tulang belakang dan sesak nafas, manakala mangsa kedua luka di bahagian kepala dan kaki,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa telah diberi rawatan awal oleh Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS).

“Mereka kemudian dihantar ke hospital menggunakan jentera bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Pasukan bomba turut menjalankan pemeriksaan bagi memastikan tiada bahaya lain di lokasi sebelum operasi ditamatkan pada jam 9.22 pagi,” katanya.