Lelaki ditahan, polis berjaya selesaikan 14 kes samun ragut

Iklan
Azizee

GEORGE TOWN- Kegiatan jenayah seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam 14 kes samun ragut di negeri ini dan Kedah berakhir selepas dia diberkas polis dalam satu serbuan di sebuah rumah di Sitiawan, Perak baru-baru ini.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail berkata, serbuan dilakukan oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Khas (D9) Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut pada jam 2 pagi, 12 oktober lalu.

Iklan
Iklan

“Hasil serbuan tersebut, polis berjaya menahan seorang lelaki berusia 39 tahun yang disyaki terlibat dalam beberapa kes samun ragut di kawasan Timur Laut.

"Polis turut merampas sebuah motosikal yang dipercayai digunakan dalam kegiatan jenayah tersebut,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Iklan

Beliau berkata, modus operandi suspek adalah dengan menunggang motosikal dan menyasarkan mangsa penunggang motosikal lelaki yang memakai rantai emas.

“Dengan tertangkapnya suspek berkenaan, polis berjaya menyelesaikan sebanyak 11 kes samun ragut di sekitar Pulau Pinang dan tiga lagi kes di daerah Kulim, Kedah,” jelasnya.

Iklan

Menurutnya, suspek kini direman selama 10 hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera ketika melakukan rompakan.

“Semakam rekod lampau mendapati suspek mempunyai lapan rekod jenayah serta enam lagi berkaitan kes dadah.

"Ujian saringan air kencing yang dijalankan turut mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan amfetamin," katanya lagi.

Beliau turut menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kes tersebut yang boleh menjejaskan siasatan polis serta menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat.