MOT digesa ambil tindakan terhadap pemandu syarikat Singapura ingkar pasang RC-VEP
Iklan
Lam Thye
KUALA LUMPUR – Kementerian Pengangkutan (MOT) disaran mengambil tindakan terhadap pemandu kenderaan persendirian syarikat dari Singapura yang masih gagal mematuhi proses pemasangan dan pengaktifan Road Charge Vehicle Entry Permit (RC-VEP).
Ahli Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, langkah itu penting bagi memastikan semua kategori pemandu asing mematuhi undang-undang jalan raya Malaysia seperti mana pemandu tempatan.
Iklan
Iklan
"Walaupun Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah berjaya melaksanakan penguatkuasaan berkesan terhadap pemandu persendirian Singapura, masih terdapat segelintir pemandu di bawah kategori syarikat yang berdegil tidak mematuhi syarat berkenaan.
"Sebanyak 1,269 notis peringatan telah dikeluarkan dan ia sepatutnya menjadi amaran mencukupi agar pemandu syarikat segera memasang serta mengaktifkan RC-VEP,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Iklan
Lam Thye dalam masa sama memuji tindakan tegas JPJ yang berjaya melaksanakan 3,910 saman dengan kutipan kompaun berjumlah RM1.17 juta terhadap pemandu kenderaan persendirian warga Singapura yang gagal memasang dan mengaktifkan Radio Frequency Identification (RFID) Permit Kemasukan Kenderaan Asing (VEP).
"Kejayaan operasi ini membuktikan tindakan berterusan JPJ bukan sahaja mendidik, malah memastikan pemandu asing menghormati undang-undang jalan raya di Malaysia,” jelasnya.
Iklan
Beliau menegaskan, penguatkuasaan terhadap semua kategori pemandu asing wajar diteruskan bagi mengelak persepsi bahawa warga asing boleh mengambil mudah peraturan negara ini.
"Langkah JPJ dan MOT ini penting bukan sahaja bagi menjamin keselamatan pengguna jalan raya, tetapi juga bagi menegakkan kedaulatan undang-undang negara,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kecurian kabel rel: Ada keperluan mendesak pinda undang-undang - Menteri"><meta itemprop="description" content="Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengakui terdapat keperluan mendesak untuk meneliti dan meminda peruntukan undang-undang sedia ada berhubung kes kecurian komponen dan kabel rel bagi memastikan hukuman yang dikenakan benar-benar memberi kesan pencegahan, lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkara berkenaan telah dibincangkan dalam satu pertemuan melibatkan semua operator perkhidmatan kereta api termasuk Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) yang merupakan pemilik projek East Coast Rail Link (ECRL) serta Prasarana Malaysia (Prasarana) baru- baru ini.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/766625/berita/nasional/kecurian-kabel-rel-ada-keperluan-mendesak-pinda-undang-undang---menteri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KDN #keskecuriankabelrel #SaifuddinNasution"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-03T10:15:09.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/Zz2oe1fWShFCdPxqE/x180"><meta itemprop="duration" content="P151S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.html?video=x9z4rs8"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.js" data-video="x9z4rs8"></script>