Fadhlina terima sendiri memorandum siswa di luar Parlimen

Iklan
Fadlina

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menerima memorandum berkaitan isu keselamatan sekolah yang disertai dengan desakan agar beliau meletakkan jawatan pada Rabu.

Memorandum tersebut diserahkan di luar pagar Parlimen kepada Fadhlina yang hadir bersama Timbalannya, Wong Kah Woh serta beberapa pegawai keselamatan dan pegawai kementerian.

Iklan
Iklan

Kumpulan peserta yang terdiri daripada pelajar, aktivis dan orang awam mula berhimpun sekitar jam 11.20 pagi selepas berarak dari Taman Tugu.

Mereka membawa mesej jelas, desakan agar Fadhlina berundur daripada jawatan Menteri Pendidikan.

Iklan

Suasana menjadi tegang apabila kira-kira 35 peserta protes terpaksa menunggu hampir 40 minit sebelum ketibaan Fadhlina, sementara cuaca buruk menambahkan lagi ketidakpuasan hati dalam kalangan mereka.

Setibanya Fadhlina di lokasi, beliau disambut dengan laungan"Turun! Turun!" oleh peserta, namun beliau tetap meluangkan masa untuk berbincang secara ringkas dengan wakil kumpulan berhubung tuntutan yang dikemukakan dalam memorandum tersebut.

Iklan

Fadhlina bagaimanapun enggan memberikan sebarang kenyataan kepada media selepas menerima dokumen tersebut.