Muhammad Daniel sambut hari lahir semalam, tak sangka itu yang terakhir - Ibu

Iklan
Kasmaazleena mengiringi jenazah anaknya, Muhammad Daniel yang akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Aping Barat pada Rabu.

KOTA TINGGI - Ibu mangsa kemalangan maut di Kilometer 32 Jalan Tanjung Balau - Sedili di sini pada awal pagi Rabu, tidak menyangka anaknya menyambut ulang tahun kelahirannya buat kali terakhir semalam.

Kasmaazleena Kamsan, 47, berkata, Muhammad Daniel Saberi, 21, anak ketiga daripada enam beradik itu ada menghubunginya pada malam Selasa dan memaklumkan sedang menyambut ulang tahun kelahirannya bersama rakannya, Aiza Nur Elysha Sabri, 17, di Stulang, Johor Bahru.

Iklan
Iklan

Kasmaazleena

"Saya cakap jauhnya, nanti besok Uda (nama timangan arwah) nak kerja kalau penat, mengantuk macam mana? Dia kata taklah ibu, sekejap je. Lepas makan ni Uda hantar Aiza Nur Elysha balik.

Iklan

"Kemudian, saya telefon jam empat dan lima pagi dia tak angkat-angkat (jawab). Saya ingat dia tidur di rumah keluarga Aiza Nur Elysha, tetapi tak sangka polis datang memaklumkan kejadian itu (kemalangan) pada jam 6 pagi tadi," katanya kepada pemberita di Unit Forensik Hospital Kota Tinggi (HKT) di sini pada Rabu.

Muhammad Daniel maut bersama teman wanitanya, Aiza Nur Elysha apabila kereta Toyota Vios yang dinaiki melanggar pokok dan terbakar di Kilometer 32 Jalan Tanjung Balau - Sedili, pada awal pagi Rabu.

Iklan

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu, kedua-dua mangsa rentung selepas kereta dinaiki merempuh pokok dan terbakar dalam kawasan ladang kelapa sawit.

Jenazah Muhammad Daniel dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Aping Barat, manakala jenazah Aiza Nur Elysha di Tanah Perkuburan Islam Felda Air Tawar 4 selepas solat Zuhur.

Kasmaazleena berkata, anaknya sudah lama mengenali Aiza Nur Elysha yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Semenchu di sini dan merancang untuk mengikat tali pertunangan Februari depan.

Sabri menunjukkan gambar terakhir yang dirakam bersama anaknya, Allahyarham Aiza Nur Elysha pada September lalu.

Sementara itu, bapa Allahyarham Aiza Nur Elysha, Sabri Abd Samad, 53, menyifatkan anaknya itu seorang yang periang.

Malah katanya, anaknya itu juga suka bergurau senda ketika bersama keluarga.

"Apa pun, saya dan isteri tetap reda terhadap apa yang berlaku," katanya.