Malaysia cipta sejarah lancar satelit pertama berteknologi SAR, TerraX-1
Iklan
Pelancaran TerraX-1 menandakan satu langkah besar untuk memperkukuh keupayaan Malaysia dalam teknologi satelit serta pemerhatian bumi.
Kuala Lumpur - Malaysia mencatat detik bersejarah dalam bidang angkasa apabila satelit pertama negara berasaskan teknologi Synthetic Aperture Radar (SAR), TerraX-1 (AIRSAT-03), berjaya dilancarkan pada 19 Oktober lalu.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan TerraXpace Sdn. Bhd, pelancaran bersejarah itu berlangsung pada jam 11.33 pagi waktu Malaysia dari Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan, China, menggunakan roket Kinetica-1.
Iklan
Iklan
Selain itu, syarikat tempatan itu turut memaklumkan bahawa pembangunan TerraX-1 menandakan satu langkah besar dalam memperkukuh keupayaan Malaysia dalam teknologi satelit serta pemerhatian bumi.
“Pelancaran ini adalah bukti kemampuan Malaysia untuk melangkah lebih jauh dalam sektor angkasa dan teknologi penderiaan jauh,” menurut kenyataan yang dikeluarkan TerraXpace Sdn Bhd pada Selasa.
Iklan
Dalam pada itu, teknologi SAR juga membolehkan satelit itu merakam imej beresolusi tinggi pada bila-bila masa, termasuk dalam keadaan cuaca buruk, sekali gus memastikan ketepatan dan konsistensi data pemerhatian bumi.
“Imej dan data yang diperoleh akan digunakan bagi tujuan tindak balas bencana, pemantauan pertanian, perlindungan alam sekitar, pengawasan pesisir serta perancangan infrastruktur,” jelas kenyataan itu lagi.
Iklan
Langkah ini juga dilihat sebagai pemangkin kepada usaha memperkukuh keupayaan negara dalam membuat keputusan berasaskan data dan mempercepat pembangunan nasional.
Kenyataan itu menyifatkan kejayaan itu sebagai pencapaian membanggakan buat Malaysia dan syarikatnya.
“TerraX-1 mencerminkan komitmen kami untuk terus memacu inovasi serta menjadikan Malaysia sebagai pemain baharu dalam ekonomi angkasa,” kata kenyataan itu.
TerraXpace turut merancang untuk memperluas program satelitnya dan membangunkan platform data bersepadu yang bakal memberi manfaat kepada sektor awam dan swasta di rantau ini. - Awani
Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak secara prinsipnya bersetuju dengan nilai RM1.8 bilion bagi tujuan pengambilalihan Pelabuhan Bintulu, demikian Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke siew Fook berkata, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak kini pada peringkat akhir dalam proses penyerahan pelabuhan itu kepada negeri berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/766714/berita/nasional/kerajaan-persekutuan-sarawak-setuju-nilai-rm18-bilion-ambil-alih-pelabuhan-bintulu
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.