Ahmad Zahid seru rakyat terus perkukuh perpaduan sempena Deepavali

Iklan
Ahmad Zahid ketika hadir Majlis Sambutan Deepavali 2025 bersama komuniti India di Parlimen Bagan Datuk. Foto FB Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya terus mengukuhkan perpaduan, memelihara semangat toleransi, hormat-menghormati dan kasih sayang yang menjadi asas kekuatan negara berbilang kaum dan budaya sempena sambutan Deepavali tahun ini.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau turut menzahirkan harapan agar perayaan kali ini membawa kebahagiaan dan kesejahteraan kepada semua yang meraikannya.

Iklan
Iklan

"Saya percaya, seperti cahaya pelita yang menyinari kegelapan, perpaduan rakyat Malaysia akan terus menjadi sinar yang membawa negara ini menuju masa depan yang makmur dan sejahtera. Happy Deepavali. Deepavali Nal Valthukkal," katanya.

Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk turut mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali 2025 khususnya buat pengundi di kawasan Parlimennya.

Iklan

Deepavali, yang juga dikenali sebagai Pesta Cahaya, disambut esok oleh masyarakat India beragama Hindu di seluruh negara. - Bernama

 

Iklan