KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang berterusan melibatkan beberapa kawasan di Kedah, Kelantan, Pahang, Selangor, Sarawak dan Sabah, serta di seluruh Pulau Pinang dan Perak hingga 1 pagi esok.
MetMalaysia dalam hantaran di Facebook memaklumkan kawasan terlibat ialah Yan, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah manakala di Kelantan melibatkan Jeli, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang.