Solidariti tanpa sempadan: Dari Gaza ke hati Kuala Lumpur

Iklan
Beras sumbangan WUIF turut diedarkan kepada golongan asnaf dan miskin sekitar Chow Kit di Kuala Lumpur pada Sabtu.

KUALA LUMPUR – [DIKEMAS KINI] Perjuangan membela nasib rakyat Palestin dizahirkan melalui pengedaran lebih 750 pek makanan kepada gelandangan dan asnaf di sekitar ibu kota pada Sabtu.

Program Gema Gaza Kasih Tanpa Sempadan anjuran Persatuan Jalinan Aspirasi Solusi Amal (Jasa Malaysia) itu bertujuan menyemarakkan semangat solidariti terhadap perjuangan rakyat Palestin.

Iklan
Iklan

Pengerusinya, Mohammad Syafiee Ambok Dalek berkata, inisiatif itu memupuk nilai kemanusiaan dan keprihatinan masyarakat dalam menyuarakan solidariti terhadap Gaza.

"Konvoi edaran makanan dan beras kepada golongan gelandangan sekitar Kuala Lumpur merupakan simbolik kepada keutuhan kita dalam perjuangan kebebasan Palestin daripada cengkaman rejim Zionis.

Iklan

Program Gema Gaza Kasih Tanpa Sempadan anjuran Jasa Malaysia mengedar pek makanan simbolik solidariti untuk Gaza di Kuala Lumpur.

"Program ini juga diinspirasikan daripada Surah al-Saff bunyanun marsus (membina benteng kukuh ummah), yang mana kita meneruskan semangat World #QuranHour, menyeru umat agar bersatu atas dasar kasih, perjuangan dan kebenaran," katanya kepada Sinar Harian di sini.

Iklan

Program itu turut dijayakan bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antaranya Persatuan Sahabat Malaysia, Pertubuhan Jejak Jalanan, DMS Motor, Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) dan Pertubuhan Penggerak Insan.

Menurutnya, penyertaan lebih 150 peserta konvoi Gema Gaza ini turut membawa mesej kemanusiaan sejagat.

Tambah Mohammad Syafiee, sebanyak 250 kampit beras sumbangan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) turut diedarkan ke rumah-rumah asnaf dan miskin sekitar Chow Kit.

Lebih 750 pek makanan diedarkan kepada gelandangan dan asnaf pada program Gema Gaza Kasih Tanpa Sempadan di Kuala Lumpur.

Sementara itu, seorang wanita muda yang mahu dikenali sebagai Eika, 22, berkata, program pengagihan makanan itu sedikit sebanyak dapat mengisi perut suami dan anak lelakinya yang berusia tiga tahun.

Katanya, mereka memilih untuk mencatu makanan setiap hari bagi meneruskan kehidupan dengan menyewa sebuah bilik di Lorong Haji Taib 2 di sini.

"Pendapatan suami yang bekerja sebagai buruh hanya cukup-cukup makan, tambahan pula perlu membesarkan seorang lagi anak perempuan berusia sembilan bulan.

"Kami juga sentiasa berjimat untuk membeli susu dan lampin pakai buang," katanya sambil mengharapkan bantuan itu diteruskan.