Trump ugut mahu bunuh Hamas

Iklan
Pelan damai Gaza dicadangkan Trump wayang semata-mata yang bertujuan untuk melindungi Netanyahu. Foto Agensi

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memberi amaran beliau akan menyokong serangan ke atas Hamas ketika gencatan senjata di Gaza dilaporkan goyah.

Trump membuat ugutan itu dengan menggunakan alasan Hamas kononnya sengaja menyerang kumpulan samseng yang bersekongkol dengan Israel.

Iklan
Iklan

"Kami tiada pilihan selain membunuh anggota Hamas," menurutnya menerusi platform X pada Khamis.

Ketika disoal wartawan tentang ancaman itu, Trump menjelaskan ia tidak akan melibatkan pasukan tentera AS.

Iklan

"Kita tidak perlu hantar askar ke Gaza. Ada 'orang' yang sangat dekat dengan mereka untuk bertindak bagi pihak AS," katanya yang secara jelas merujuk kepada sekutu kuatnya, Israel.

Ugutan itu bertentangan dengan peranannya sebagai 'pengaman global' malah Trump sekali lagi membuat pusingan U apabila beliau pada mulanya menyokong operasi Hamas ke atas geng jenayah yang bermaharajalela di Gaza.

Iklan

"Hamas menumpaskan samseng yang sangat jahat. Sejujurnya, saya tiada masalah dengan tindakan itu," katanya pada awal minggu lalu.

Difahamkan, pertempuran ganas tercetus antara Hamas dan kumpulan bersenjata di Gaza yang merompak bekalan bantuan dan 'bekerja' untuk Israel. - Agensi