Lelaki ditahan disyaki lakukan gangguan seksual terhadap remaja 15 tahun

Iklan
Suspek berusia 44 tahun ditahan di rumahnya di Bukit Sentosa selepas remaja lelaki berusia 15 tahun membuat laporan polis. Gambar hiasan

HULU SELANGOR – Seorang siak masjid ditahan kerana disyaki melakukan gangguan seksual terhadap seorang remaja lelaki berusia 15 tahun di Bukit Sentosa di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Ibrahim Husin berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa berhubung kejadian itu pada kira‑kira jam 3.41 petang.

Iklan
Iklan

“Hasil siasatan mendapati lelaki tempatan berusia 44 tahun itu didakwa melakukan gangguan seksual ketika menaiki kereta dalam perjalanan ke sebuah masjid di Bukit Sentosa untuk berjumpa dengan rakan mangsa.

“Selain itu, suspek juga dipercayai telah menghantar mesej berunsur lucah ke telefon bimbit mangsa,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Menurutnya, mangsa mengenali suspek sejak menumpang di masjid itu sejak Disember tahun lalu.

“Kita telah menahan lelaki yang disyaki terbabit di rumahnya di Bukit Sentosa pada jam 12.30 tengah malam, Khamis,” ujarnya.

Iklan

Beliau berkata, semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

“Suspek direman selama tujuh hari bermula 16 hingga 22 Oktober 2025 bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak‑Kanak 2017,” katanya.