Kesedaran antirasuah, integriti syarikat korporat meningkat

Iklan
Orang ramai mendapatkan maklumat lanjut di reruai pameran Rasuah Busters ketika Majlis Pelancaran EIP 2025 sempena Hari Integriti Edgenta 2025 di Hotel Casuarina @ Meru, Ipoh baru-baru ini.

IPOH – Kesedaran syarikat korporat melaksanakan program berkaitan integriti dan antirasuah semakin meningkat, hasil komitmen berterusan sektor berkenaan terhadap kepercayaan pengguna.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sinar Untuk Malaysia (#RasuahBusters), Nurhayati Nordin berkata, perkembangan positif itu menunjukkan nilai kepercayaan kini menjadi tunjang utama kepada pertumbuhan dan kelangsungan sesebuah organisasi.

Iklan
Iklan

"Kalau kita lihat dari awal penubuhan #RasuahBusters hingga kini, kesedaran syarikat terhadap integriti dan antirasuah meningkat dengan ketara.

"Ini kerana mereka sedar kepercayaan pengguna adalah perkara paling penting. Nilai integriti yang tinggi menjadi asas kepada kepercayaan itu dan apabila kepercayaan wujud, barulah pembangunan dan keuntungan syarikat akan menyusul," katanya kepada Sinar Harian.

Iklan

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Pelancaran Pelan Integriti Edgenta (EIP) 2025 sempena Hari Integriti Edgenta 2025 di Hotel Casuarina @ Meru di sini baru-baru ini.

Sementara itu Nurhayati berkata, #RasuahBusters menghargai inisiatif syarikat seperti UEM Edgenta yang bukan sekadar menzahirkan nilai integriti secara simbolik, tetapi menjadikannya satu komitmen yang boleh diukur melalui pelan tindakan jelas.

Iklan
Nuhayati

“Kita lihat bagaimana keberanian moral diterjemahkan kepada komitmen yang boleh diukur melalui pelan integriti ini. Ia bukan sekadar slogan atau nilai di atas kertas, tetapi satu pelan konkrit yang memperkukuh budaya integriti dalam organisasi.

"Inilah yang kita panggil from awareness to action iaitu daripada kesedaran kepada tindakan sebenar,” katanya.

Menurutnya, langkah UEM Edgenta itu wajar dijadikan contoh kepada sektor korporat lain supaya turut menjadikan integriti dan antirasuah sebagai sebahagian dasar serta budaya organisasi masing-masing.

"#RasuahBusters ialah suara rakyat untuk rakyat dan apabila suara ini disambut oleh syarikat seperti UEM Edgenta ia menjadi inspirasi kepada banyak pihak lain untuk turut menjadikan integriti sebagai budaya organisasi," katanya.