Sanusi gesa MCMC sekat laman web tidak bermoral, elak rosakkan remaja
Iklan
Sanusi
ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bertindak tegas menyekat kandungan tidak bermoral di media sosial yang semakin mempengaruhi golongan remaja dan pelajar sekolah.
Beliau menegaskan, peningkatan kes jenayah seksual kalangan remaja amat membimbangkan kebelakangan ini yang didakwa berpunca daripada pendedahan bebas terhadap bahan lucah serta budaya songsang menerusi internet.
Iklan
Iklan
Menurutnya, MCMC wajar bertindak segera kerana mempunyai kuasa untuk mengawal platform seperti TikTok dan Facebook dengan menurunkan atau menyekat bahan yang boleh menimbulkan rangsangan dan budaya songsang serta bertentangan dengan ajaran agama dan nilai masyarakat timur.
“Saya yakin 100 peratus pengaruh ini bukan datang daripada ajaran orang tua-tua, tetapi daripada media sosial yang terlalu bebas, pengaruh luar yang masuk melalui skrin telefon bimbit tanpa kawalan,” katanya selepas menyampaikan sumbangan Deepavali kepada 1,000 penerima di Wisma Darul Aman pada Khamis.
Iklan
Sanusi berkata, langkah pencegahan perlu diambil segera kerana rawatan selepas masalah berlaku jauh lebih sukar ditangani.
“China boleh kawal rakyatnya, WhatsApp dan Facebook tiada di sana. Mereka guna WeChat sebab negara mereka ada kuasa. Sama dengan Malaysia, pengaruh melalui media internet laman sesawang boleh dikawal oleh agensi-agensi.
Iklan
“Laman lucah bebas berleluasa, tapi bahan politik pula boleh disekat. Mengapa perkara yang lebih penting seperti ini tidak diambil tindakan? Mereka (kerajaan) yang tak mahu buat mungkin sebab pengaruh liberalisme yang melonggarkan semua perkara,” katanya.
Menurut Sanusi lagi, kerajaan perlu bertegas menapis bahan berunsur lucah, iklan tidak bermoral dan pengaruh luar yang bertentangan dengan nilai Islam kerana masyarakat belum mampu menapisnya sendiri.
“Lebih baik kita halang sebelum ia berlarutan. Kerajaan perlu campur tangan tapiskan bahan-bahan tidak bermoral, jangan bagi ada langsung, iklan ubat kuat masuk dengan bebasnya, secara terang-terang tanpa sembunyi, tak sesuai. Semua perkara-perkara ini patut diberi perhatian.
“ALLAH SWT beri kita ingatan untuk ambil pengajaran, jika tak disekat perkara-perkara ini masyarakat akan rosak daripada bangku sekolah, belum sempat dewasa lagi sudah dipengaruhi elemen negatif,” ujarnya.
Muhammad Sanusi turut mengingatkan agar elemen keagamaan, termasuk penekanan terhadap dosa dan pahala diterapkan dalam sektor pendidikan termasuk Pendidikan Jasmani.
“Senaman pun perlu ada nilai dosa dan pahala walaupun pada masa sama mahu sihat. Tuhan sudah beri panduan hidup, tapi kita abaikan kerana ikut kehendak nafsu dan pasaran kapitalis. Kalau kita tak kawal, rosaklah anak bangsa,” tegasnya.
Dalam pada itu, beliau turut menyentuh isu disiplin pelajar dan mempertahankan tindakan guru menggunakan hukuman ringan seperti rotan sebagai bentuk didikan.
“Lima tahun dulu, saya pernah cakap tentang merotan di sekolah. Sekarang sampai tak boleh merotan, nak didik macam mana? Ingat anak ayam kah, itu bukan proses mendidik, itu menternak, untuk anak orang perlu dididik, ada habuan dan hukuman.
“Perbuatan negatif yang mendatangkan pengaruh buruk, perlu dikenakan hukuman, rotan sebagai ingatan. Orang dulu-dulu boleh pun kena rotan, saya pun kena rotan tak ada masalah, saya ingat sampai sekarang, buat benda ini kena rotan,” katanya.
Sanusi turut kesal apabila terdapat guru yang cuba mendidik pelajar dengan luhur namun disalah anggap sebagai mencederakan dan terpaksa berdepan dengan perundangan.
“Sekarang, cikgu pula disaman dan didakwa bila cuba mendidik anak bangsa. Saya simpati dengan guru-guru yang berdepan hukuman sedangkan mereka hanya melaksanakan tanggungjawab.
“Tidak sepatutnya guru terpaksa berdepan dengan keadaan seperti itu, jasa mereka sepatutnya diberikan penghargaan, bukan diberi hukuman kerana cuba mendidik anak bangsa,” katanya.
Sanusi tegaskan, isu moral dan pengaruh negatif dari media sosial perlu diberi perhatian serius oleh pihak berkuasa bagi menyelamatkan generasi muda daripada keruntuhan akhlak.
“Kerajaan perlu beri perhatian serius, kita (kerajaan negeri) tak ada kuasa (peringkat Persekutuan) itu. Kalau saya ada kuasa, saya rimbuk habis,” katanya.
Beliau turut menasihatkan agar ibu bapa mengawasi pembentukan generasi akan datang dari rumah, bukan hanya di sekolah.
“Beri didikan dan pemerhatian berdasarkan pengalaman kita sebagai ibu bapa. Timbulkan rasa harga diri, jaga maruah dalam proses pendidikan kepada anak-anak agar mereka tidak melakukan perbuatan yang boleh menjejaskan masa depan,” katanya.
Seramai 744 peserta Malaysia My Second Home (MM2H) direkodkan membeli hartanah di negara ini sejak 2023 sehingga 31 Disember 2025 dengan warga China menjadi pembeli tertinggi iaitu sebanyak 304 rumah diikuti Taiwan, 91 unit.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, selain itu warganegara Singapura sebanyak 63, Amerika Syarikat (41), United Kingdom (40), Hong Kong (34), Australia (29), Bangladesh (19), Korea Selatan (15) manakala Indonesia dan Jepun masing-masing 14.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/766723/berita/nasional/mm2h-warga-china-paling-ramai-beli-rumah-di-malaysia
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak secara prinsipnya bersetuju dengan nilai RM1.8 bilion bagi tujuan pengambilalihan Pelabuhan Bintulu, demikian Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke siew Fook berkata, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak kini pada peringkat akhir dalam proses penyerahan pelabuhan itu kepada negeri berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/766714/berita/nasional/kerajaan-persekutuan-sarawak-setuju-nilai-rm18-bilion-ambil-alih-pelabuhan-bintulu
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.