Kes rogol, sebar video: Pesalah akan dibuang sekolah - JPN Kedah

Iklan
JPN Kedah memulakan proses siasatan dalaman dan akan mengambil tindakan tegas buang sekolah terhadap semua pesalah yang terlibat dalam kes rogol di sebuah sekolah.

ALOR SETAR - [DIKEMAS KINI] Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah telah memulakan proses siasatan dalaman dan akan mengambil tindakan tegas buang sekolah terhadap semua pesalah yang terlibat dalam kes rogol serta penyebaran video kelakuan tidak senonoh di sebuah sekolah di negeri itu.

Kenyataan JPN Kedah pada Khamis memaklumkan bahawa jabatan itu mengambil serius kes berkenaan.

Iklan
Iklan

"JPN Kedah telah mula mengambil tindakan. Kes ini sedang berada dalam siasatan polis dan semua suspek telah ditahan reman. JPN Kedah memberi kerjasama penuh terhadap siasatan yang sedang berjalan.

"Tindakan segera juga telah diambil untuk memberi bantuan kepada mangsa dan tumpuan utama ketika ini adalah untuk memastikan kesejahteraan mangsa diberi perhatian,” menurut kenyataan itu.

Iklan

Menurut JPN Kedah, Kementerian Pendidikan tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku seksual di institusi pendidikan dan sedang berusaha untuk menambah baik setiap aspek bagi memastikan keselamatan serta kesejahteraan seluruh warga pendidikan.

Terdahulu, media melaporkan bahawa tiga pelajar dan seorang bekas pelajar telah ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes rogol di sebuah sekolah di Baling. - Bernama

Iklan