Dua balai bomba di Perak jalani nyahcemar
Iklan
Azmi Osman
TAIPING - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak telah menjalankan saringan dan operasi nyahcemar di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tapah selepas seorang anggotanya disahkan positif koronavirus (Covid-19).
Pengarah JBPM negeri, Azmi Osman berkata, saringan berkenaan dijalankan Ahad lalu membabitkan hampir 40 anggota yang bertugas di balai itu.
Iklan
Iklan
"Hasil ujian menunjukkan kesemua anggota terlibat bebas daripada sebarang gejala wabak.
"Sebagai langkah pencegahan, kita turut menjalankan operasi nyahcemar dikendalikan Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) Perak serta-merta," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
Iklan
Semalam, JBPM mengesahkan seorang anggotanya dari BBP Tapah positif Covid-19 selepas bercuti dan melawat bapa saudaranya di Kedah.
Anggota berkenaan kini dikuarantin di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar.
Iklan
Azmi berkata, anggota berusia 40-an itu mula bercuti pada 13 Mac lalu dan pulang ke kampung pada hari berikutnya sebelum Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.
"Ketika dalam tempoh bercuti itulah anggota berkenaan telah mengalami simptom awal dan membuat pemeriksaan di HSB sebelum disahkan positif Covid-19," katanya.
Dalam perkembangan sama, beliau berkata, JBPM Perak, semalam menerima satu lagi kes disyaki membabitkan seorang pegawai bomba yang bertugas di BBP Teluk Intan.
Menurutnya, anggota berusia 50-an berkenaan telah diarahkan kuarantin di rumah selepas isteri beliau disahkan positif Covid-19.
"Pegawai terbabit telah pun menjalani saringan kesihatan dan tidak dibenarkan hadir bertugas sehingga keputusan ujian diperoleh. Sekiranya positif, saringan sama akan dilakukan ke atas semua anggota balai berkenaan.
"Buat masa ini, kita telah lakukan proses nyahcemar di keseluruhan kawasan balai," katanya.
Azmi berkata, secara keseluruhan, langkah pencegahan penularan wabak di balai terlibat adalah terkawal.
"Operasi menyelamat masih dilaksanakan mengikut peraturan dan arahan dikeluarkan, hanya anggota yang menerima tugas sahaja dibenarkan keluar," katanya.
Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan pihak sekolah telah melaksanakan prosedur ditetapkan serta mengadakan perbincangan bersama keluarga mangsa berhubung kes buli serta dakwaan murid dipukul guru yang berlaku di Chemor dan Pengkalan Hulu.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Datuk Khairudin Abu Hanipah berkata, kedua-dua kes berkenaan bagaimanapun diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut susulan laporan yang dibuat pihak terbabit.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/799864/edisi/perak/kes-buli-dakwaan-murid-dipukul-guru-ppd-laksana-prosedur-ditetapkan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.