Maldives negara pertama hapus HIV, Sifilis dan Hepatitis B dari ibu ke anak

Iklan
Boehme (kiri) dan Ghebreyesus (kanan) menyampaikan sijil pengiktirafan kepada Abdulla Nazim (tengah) ketika Mesyuarat Jawatankuasa Serantau WHO ke-78 bagi Asia Tenggara di Colombo pada Selasa. Foto Facebook WHO SEARO

COLOMBO - Maldives muncul sebagai negara pertama yang mencapai 'penghapusan tiga kali ganda penularan daripada ibu kepada anak' (EMTCT) bagi penyakit HIV, Sifilis dan Hepatitis B, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

WHO dalam satu kenyataan berkata, Menteri Kesihatan Maldives, Abdulla Nazim Ibrahim menerima sijil pengiktirafan itu daripada Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus ketika Mesyuarat Jawatankuasa Serantau WHO ke-78 bagi Asia Tenggara di Colombo, Sri Lanka pada Selasa.

Iklan
Iklan

Sementara itu, negara anggota Pejabat Serantau WHO bagi Asia Tenggara (SEARO), yang merangkumi hampir dua bilion penduduk termasuk India dan beberapa negara Asia Selatan lain turut menerima pakai Deklarasi Colombo mengenai penuaan sihat.

Penduduk rantau itu yang berumur lebih 60 tahun dijangka meningkat kepada 20.9 peratus menjelang 2050 berbanding 11.3 peratus pada 2024.

Iklan

Ketua Serantau WHO, Catharina Boehme berpandangan, penjagaan kesihatan primer merupakan laluan paling inklusif, berkesan dan efisien untuk mencapai liputan kesejahteraan sejagat.

"Ini sekali gus memastikan warga emas dapat hidup lebih lama, sihat, produktif dan bermakna," katanya semasa sesi meja bulat peringkat menteri.

Iklan

Badan serantau itu akan menamatkan mesyuarat tiga hari di Colombo pada Rabu. - AGENSI