Perbezaan prosedur perbicaraan, hukuman libatkan pelaku kanak-kanak bawah Kanun Keseksaan
Iklan
Semua kes jenayah termasuk rogol yang dilakukan oleh pelaku bawah umur tetap disiasat dan dituduh di bawah Kanun Keseksaan. Gambar hiasan
SHAH ALAM - Semua kes jenayah termasuk rogol yang dilakukan oleh pelaku bawah umur tetap disiasat dan dituduh di bawah Kanun Keseksaan, namun terdapat perbezaan ketara segi prosedur perbicaraan dan bentuk hukuman yang dikenakan.
Peguam, Haniff Khatri Abdulla menjelaskan, pertuduhan terhadap pelaku bawah umur tidak terjejas, tetapi perbicaraan mesti dijalankan di Mahkamah Kanak-Kanak seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001.
Iklan
Iklan
Menurutnya, perbicaraan di mahkamah tersebut dijalankan secara tertutup, hanya dihadiri oleh pihak berkaitan iaitu mana-mana orang yang mahkamah dapati perlu dalam kes tersebut.
“Mahkamah Kanak-Kanak bersidang dengan seorang majistret dan dua orang penasihat daripada kalangan orang awam, dan salah seorang daripadanya mesti wanita.
Iklan
“Perbicaraan di Mahkamah Kanak-Kanak ini tertutup. Ia cuma boleh dihadiri oleh pihak-pihak yang berkaitan iaitu kanak-kanak yang dituduh, mangsa, ibu bapa, pegawai mahkamah, peguam-peguam,” katanya.
Beliau menegaskan, laporan mengenai kes yang melibatkan kanak-kanak boleh dibuat, namun identiti atau butiran yang boleh mengenal pasti pelaku mahupun mangsa tidak boleh mendedahkan identiti.
Iklan
“Walaupun dia dituduh melakukan jenayah, dia belum didapati bersalah. Sehingga didapati bersalah, segala perlindungan wajib diberikan kepada kanak-kanak,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurut Haniff, hukuman terhadap pesalah bawah umur juga berbeza daripada pesalah dewasa.
“Walaupun kesalahan boleh membawa hukuman penjara, pelaku bawah umur tidak akan dihantar ke penjara sebaliknya ke institusi pemulihan akhlak.
“Hukuman yang boleh diberikan terhadap kanak-kanak di Mahkamah Kanak-Kanak, jikapun ia adalah hukuman yang boleh membawa kepada penjara sekalipun, dia tidak akan diperintahkan ke penjara.
“Dia boleh diperintahkan kepada tempat pemulihan akhlak seperti Sekolah Henry Gurney dan institusi yang seangkatan dengannya,” katanya.
Beliau berkata, istilah ‘sabitan bersalah’ juga tidak sesuai digunakan dalam kes melibatkan pelaku bawah umur.
“Ayat yang patut digunakan adalah ‘penemuan bersalah’ sahaja.
“Hukuman itu tak semestinya menyebabkan ada rekod sabitan kalau mahkamah berikan perintah tertentu,” katanya.
Menurut beliau lagi, walaupun terdapat penemuan bersalah terhadap pelaku bawah umur yang didapati bersalah, penemuan itu bukan untuk pendedahan umum tetapi akan hanya digunakan oleh pihak penguat kuasa sekiranya pesalah sama terlibat dengan kes lain pada masa hadapan.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="MM2H: Warga China paling ramai beli rumah di Malaysia"><meta itemprop="description" content="MM2H: Warga China paling ramai beli rumah di Malaysia
Seramai 744 peserta Malaysia My Second Home (MM2H) direkodkan membeli hartanah di negara ini sejak 2023 sehingga 31 Disember 2025 dengan warga China menjadi pembeli tertinggi iaitu sebanyak 304 rumah diikuti Taiwan, 91 unit.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, selain itu warganegara Singapura sebanyak 63, Amerika Syarikat (41), United Kingdom (40), Hong Kong (34), Australia (29), Bangladesh (19), Korea Selatan (15) manakala Indonesia dan Jepun masing-masing 14.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/766723/berita/nasional/mm2h-warga-china-paling-ramai-beli-rumah-di-malaysia
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #sidangdewanrakyat #MM2H"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-04T04:49:10.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/ZzVus1fWi_7CEvzHm/x120"><meta itemprop="duration" content="P176S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x9z7bqu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x9z7bqu"></script>
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kerajaan Persekutuan, Sarawak setuju nilai RM1.8 bilion ambil alih Pelabuhan Bintulu"><meta itemprop="description" content="Kerajaan Persekutuan, Sarawak setuju nilai RM1.8 bilion ambil alih Pelabuhan Bintulu
Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak secara prinsipnya bersetuju dengan nilai RM1.8 bilion bagi tujuan pengambilalihan Pelabuhan Bintulu, demikian Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke siew Fook berkata, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak kini pada peringkat akhir dalam proses penyerahan pelabuhan itu kepada negeri berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/766714/berita/nasional/kerajaan-persekutuan-sarawak-setuju-nilai-rm18-bilion-ambil-alih-pelabuhan-bintulu
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #sidangdewanrakyat #pelabuhanBintulu"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-04T04:33:19.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/ZzVUm1fWimFGMBNnb/x120"><meta itemprop="duration" content="P84S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x9z7agg"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x9z7agg"></script>