Pembinaan semula Gaza perlukan pembiayaan AS$70 bilion - UNDP

Iklan
Pembinaan semula Semenanjung Gaza memerlukan pembiayaan AS$70 bilion. Gambar fail AFP

 

GENEVA - Pembinaan semula Semenanjung Gaza memerlukan pembiayaan AS$70 bilion, lapor Sputnik/RIA Novosti pada Selasa yang memetik Wakil Khas Program Bantuan kepada Rakyat Palestin di bawah Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP), Jaco Cilliers.

Iklan
Iklan

UNDP tidak dapat memberikan anggaran tempoh masa bagi kerja-kerja pembinaan semula itu kerana ia bergantung kepada jumlah pembiayaan yang diterima, namun Cilliers berkata proses tersebut boleh mengambil masa"berdekad-dekad".

Menurut anggaran UNDP, sekurang-kurangnya 50 juta tan runtuhan perlu dibersihkan di Gaza, dan mayat rakyat Palestin yang terkorban mungkin ditemukan di bawah runtuhan, tambahnya. - Bernama

Iklan

 

 

Iklan