Dua mayat ditemui dalam rumah sewa

Iklan
Pihak polis dan pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) berada di tempat kejadian.

ALOR GAJAH - Dua mayat lelaki ditemui dalam sebuah rumah sewa di Taman Cempaka 2, Durian Tunggal di sini kira-kira jam 7 malam pada Selasa.

Menurut sumber, seorang mangsa dipercayai ditetak manakala seorang lagi maut selepas menetak rakannya sebelum ditemui orang awam.

Iklan
Iklan

Tinjauan Sinar Harian di lokasi mendapati orang ramai telah berada di luar pita kuning selain pihak polis dan pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) berada di tempat kejadian.