BEREGU campuran negara, Goh Soon Huat–Shevon Lai Jemie memulakan kempen Terbuka Denmark Super 750 dengan langkah meyakinkan apabila menumpaskan gandingan Taiwan, Lu Ming Che–Tzu Hung En pada Selasa.
Pasangan pilihan kelapan kejohanan itu tidak berdepan banyak tentangan sebelum mencatat kemenangan 21–14, 21–17 dalam tempoh 28 minit di Fyn Arena, Odense.
Iklan
Iklan
Kejayaan tersebut turut mengekalkan rekod bersih mereka ke atas pasangan Taiwan itu kepada 2–0 dalam pertemuan keseluruhan.
Rentak konsisten dan koordinasi mantap antara Soon Huat dan Shevon jelas membezakan tahap permainan kedua-dua pasangan, terutama dalam pertukaran pantas di depan jaring serta kawalan gelanggang tengah yang cemerlang.
Soon Huat–Shevon mara ke pusingan kedua akal berdepan pemenang antara Jesper Toft–Amalie Magelund (Denmark) dengan wakil Jepun, Yuichi Shimogami–Sayaka Hobara.