PETALING JAYA - Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga (Kelas Peralihan) di sebuah sekolah menengah di sini meninggal dunia selepas ditikam seorang pelajar lelaki pada Selasa.
Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 9.30 pagi, di mana suspek, seorang pelajar lelaki Tingkatan Satu (Kelas Peralihan) dilaporkan membawa senjata tajam berupa pisau.