Berebut harta pusaka, kakak nekad roboh rumah adik

Iklan
Tindakan merobohkan rumah itu dilakukan selepas si kakak memperoleh perintah mahkamah berhubung pemilikan harta pusaka yang menjadi rebutan.

JAKARTA - Pertikaian mengenai harta pusaka antara dua beradik di Madura, Jawa Timur berakhir dengan tragedi apabila seorang wanita sanggup merobohkan rumah adiknya sendiri selepas memenangi kes mahkamah.

Kejadian itu menjadi tular di media sosial selepas satu rakaman video menunjukkan sebuah jentera jengkaut sedang merobohkan rumah berkenaan di hadapan penduduk setempat.

Iklan
Iklan

Menerusi video yang dikongsi, tertera kapsyen berbunyi, tiada istilah saudara jika ia berkaitan dengan harta.

Menurut perakam video, tindakan merobohkan rumah itu dilakukan selepas si kakak memperoleh perintah mahkamah berhubung pemilikan harta pusaka yang menjadi rebutan.

Iklan

Proses perobohan tersebut turut disaksikan dan dipantau pihak berkuasa tempatan bagi memastikan ia dijalankan mengikut undang-undang.

Laporan itu turut menyebut, empat struktur bangunan telah dirobohkan dalam operasi berkenaan melibatkan tiga buah rumah dan sebuah dapur.

Iklan

Difahamkan, si adik sempat merayu agar rumahnya tidak dirobohkan, namun permintaan itu ditolak memandangkan pelaksanaan perintah telah diluluskan secara sah oleh mahkamah.