DNA juara kembali menyala di Vantaa

Iklan
Herry menyifatkan Aaron–Wooi Yik sudah berada di landasan tepat menuju konsistensi sebenar.

KETUA jurulatih beregu lelaki negara, Herry Iman Pierngadi menyifatkan prestasi Aaron Chia–Soh Wooi Yik pada saingan Terbuka Artik Super 500 sebagai petanda kebangkitan gandingan utama negara itu yang kembali menampilkan karakter juara di pentas antarabangsa.

Dalam aksi final di Energia Arena, Vantaa, Finland, pasangan pilihan kedua kejohanan itu tewas 18-21, 27-25, 17-21 kepada wakil England, Ben Lane–Sean Vendy, dalam pertarungan sengit selama 76 minit.

Iklan
Iklan

Namun, bagi Herry, kekalahan itu bukan kegagalan sebaliknya bukti bahawa Aaron–Wooi Yik sudah berada di landasan tepat menuju konsistensi sebenar.

“Ya, saya berharap mereka dapat menampilkan permainan yang lebih baik dan lebih konsisten lagi di Terbuka Denmark Super 750 nanti,” katanya.

Iklan

Tambah Herry, pasangan ranking ketiga dunia itu kini menunjukkan kematangan taktikal apabila mampu menukar tekanan kepada peluang dalam perlawanan sukar.

Ketika diminta mengulas prestasi dua beregu muda negara, Choong Hon Jian–Haikal Nazri dan Wan Arif Junaidi–Yap Roy King, yang turut beraksi di kejohanan sama, Herry berkata: “Untuk mereka, tahun ini memang masa terbaik untuk berdepan pemain top 10 dunia.

Iklan

“Dari situ mereka boleh lihat apa kekurangan diri dan bagaimana mahu perbaiki lagi selepas ini.

Gandingan Hon Jian–Haikal menamatkan kempen di peringkat separuh akhir selepas tunduk kepada Lane–Vendy, 16-21, 23-25, dalam masa 47 minit.

Wan Arif Junaidi–Roy King pula terpaksa akur terhenti pusingan kedua apabila tewas kepada gandingan Denmark, Kim Astrup–Anders Skaarup Rasmussen, 13-21, 21-12, 13-21 dalam pertarungan selama 54 minit.