PRN Sabah: SPR adakan mesyuarat khas di Kota Kinabalu Khamis ini

Iklan
SPR memaklumkan bahawa satu mesyuarat khas bagi PRN Sabah akan diadakan di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah, Kota Kinabalu pada Khamis ini. Gambar hiasan

KOTA KINABALU - Mesyuarat khas bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17 akan diadakan di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah, di sini pada Khamis ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam satu Nota Kepada Pengarang hari ini memaklumkan mesyuarat berkenaan akan bermula pada jam 10 pagi, diikuti sidang media yang dijadual berlangsung pada jam 11 pagi.

Iklan
Iklan

"Semua wakil media dijemput hadir untuk membuat liputan majlis ini," menurut kenyataan itu.

Pada 5 Oktober lepas, Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah bagi memberi laluan kepada PRN Sabah Ke-17. - Bernama

Iklan
Iklan