KONTRAK niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Isnin, menjejaki kenaikan pasaran global apabila harga emas melonjak ke paras tertinggi baharu sepanjang masa iaitu AS$4,100 satu auns.
Prestasi positif ini juga selaras dengan kenaikan dalam pasaran emas Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat.
Iklan
Iklan
Kontrak bulan semerta Oktober 2025 naik kepada AS$4,083.10 setiap auns troy daripada AS$3,998.20 sewaktu ditutup pada Jumaat, kontrak November 2025 meningkat kepada AS$4,098.30 daripada AS$4,014.40 dan kontrak Disember 2025 berada pada AS$4,114.30 daripada AS$4,031.40 sebelumnya.
Kontrak Januari 2026 mengukuh kepada AS$4,131.30 setiap auns troy daripada AS$4,048.40 sebelumnya manakala kontrak Februari 2026, April 2026 dan Jun 2026 semuanya ditutup lebih tinggi pada AS$4,147.80 daripada AS$4,065.30 setiap auns troy.
Jumlah dagangan menurun kepada 470 lot daripada 971 lot sewaktu ditutup pada Jumaat manakala kepentingan terbuka susut kepada 529 kontrak berbanding 995 kontrak sebelumnya.
Harga emas fizikal berada pada AS$3,974.50 setiap auns troy mengikut penetapan London Bullion Market Association pada 10 Oktober 2025. - Bernama