Isu Kampung Sungai Baru: Kes saman terhadap Rafidah masih berjalan - Khalid Samad

Iklan
Menurut Khalid (kiri), Rafidah selaku defendan perlu mengemukakan jawapan terhadap saman tersebut selewat-lewatnya pada Selasa

KOTA BHARU – Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad mengesahkan bahawa kes saman yang difailkan beliau terhadap pelakon dan pempengaruh, Rafidah Ibrahim berhubung isu tanah di Kampung Sungai Baru, Kuala Lumpur masih diteruskan di mahkamah.

Menurut Khalid, Rafidah selaku defendan perlu mengemukakan jawapan terhadap saman tersebut selewat-lewatnya pada Selasa (14 Oktober) sebelum pihaknya memberikan maklum balas sehingga 29 Oktober ini.

Iklan
Iklan

“Saya merasakan bahawa dia (Rafidah) mempunyai banyak kes lain, tapi mendapat sokongan pihak tertentu untuk cuba mengucar-kacirkan suasana politik negara kononnya atas nama perjuangan Melayu.

“Dia telah banyak mengelirukan masyarakat berhubung dengan apa yang berlaku di Kampung Sungai Baru,” katanya pada sidang akhbar di sini pada Isnin.

Iklan

Sebelum itu, Khalid yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) merasmikan Hari Sukan Negara 2025 Peringkat KADA di Pusat Latihan Pertanian (PLP) Jambu Merah, di sini.

Khalid menjelaskan, tanah di Kampung Sungai Baru tidak pernah disenaraikan dalam Lembaga Pentadbiran Malay Agricultural Settlement (M.A.S) sebagai tanah rizab Melayu, justeru isu itu kini diserahkan sepenuhnya kepada mahkamah untuk diputuskan.

Iklan

Sebelum ini, pada 29 September lalu, Sinar Harian melaporkan Rafidah dibenar memasukkan kehadiran di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung kes saman fitnah yang difailkan Khalid berkaitan isu Kampung Sungai Baru.

Menurut peguam Khalid, Zulhazmi Shariff, Rafidah selaku defendan telah mengemukakan notis kehadiran melalui Tetuan Zharif Nizamuddin yang baru dilantik.

Selepas pengurusan kes dijalankan secara dalam talian di hadapan Penolong Kanan Pendaftar, Syalia Ain Zainuddin, peguam tersebut memaklumkan pihaknya membantah permohonan berkenaan kerana ia dibuat melebihi tempoh ditetapkan oleh mahkamah.