Allahyarham Usman Awang dianugerahkan Tokoh Penyair Tersohor

Iklan
Ismail Sabri (dua dari kanan) bersama penerima Anugerah Tokoh Mengukir Bangsa.

SHAH ALAM - Legenda sasterawan negara, Allahyarham Datuk Usman Awang dianugerahkan Tokoh Mengukir Bangsa (Penyair Tersohor) sempena Malam Puisi Mengukir Bangsa (MPMB).

Anugerah berprestij itu disampaikan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan besar Allahyarham dalam memperjuangkan puisi yang membina jiwa bangsa, menyemai kasih sesama insan dan menyatukan masyarakat melalui keindahan bahasa serta nilai kemanusiaan sejagat.

Iklan
Iklan
Usman

Anugerah tersebut diterima anak Allahyarham, Haslina Usman yang hadir mewakili keluarga penyair tersohor itu.

Selain Usman, dua lagi tokoh turut menerima pengiktirafan Tokoh Mengukir Bangsa iaitu Profesor Dr Mohamed Thariq Hameed Sultan dari Universiti Putra Malaysia bagi kategori Penulisan dan Penerbitan serta Profesor Madya Dr Jessica Ong Hai Liaw (Universiti Pertahanan Nasional Malaysia) bagi kategori Bahasa dan Perpaduan.

Iklan

Majlis berkenaan diadakan sempena sambutan Bulan Dekad Kebangsaan dan dianjurkan selepas Simposium Antarabangsa Aspirasi Bahasa Melayu Malaysia (SAABM 2025).

Mengangkat tema 'Bahasa Melayu Mengangkat ASEAN', acara tersebut bertujuan menyahut seruan memperkasa dan memartabatkan Bahasa Melayu dalam konteks kebangsaan dan antarabangsa.

Iklan

Simposium yang mengumpulkan tokoh akademik tempatan dan antarabangsa itu menjadi platform perkongsian ilmu serta pembentangan kertas kerja bagi menghasilkan resolusi ilmiah demi masa depan bahasa, perpaduan dan budaya serantau.

Ia dianjurkan oleh Pertubuhan Aspirasi Bahasa Melayu Malaysia (PABMM) dengan kerjasama Ikhtisas Kepimpinan Kamarazaman (IKK), Asia Lecturers and Teachers Community (ALTC) Indonesia, Kursi Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Thai Global Business Administration Technological College (TGBC), Rajamangala University of Technology (RMUTT) Thailand, Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya (UM), Penerbit Universiti Putra Malaysia (UPM Press) serta Pejabat Perdana Menteri Ke-9.