34 MRSM laksanakan PdPR susulan penularan influenza - Asyraf Wajdi
Iklan
Asyraf Wajdi
KUALA LUMPUR - Majlis Amanah Rakyat (Mara) mengarahkan 34 Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) susulan penularan jangkitan influenza dalam kalangan pelajar.
Pengerusi Mara, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, langkah itu diambil selepas MRSM berkenaan mencatat lebih 60 pelajar bergejala influenza.
Iklan
Iklan
"Saya dan Pengurusan Mara terpaksa mengambil keputusan drastik tanpa menunggu Pejabat Kesihatan Daerah mengisytiharkan penutupan MRSM. Pengurusan MRSM yang mencatatkan lebih 50 pelajar bergejala dibenarkan mengadakan PdPR bagi memutuskan rantaian penularan virus influenza.
"Setakat ini, 34 MRSM telah mengadakan PdPR, membenarkan pelajar pulang ke rumah dan proses sanitasi dilakukan di semua MRSM terlibat,” katanya dalam hantaran di Facebook.
Iklan
Asyraf Wajdi turut mendoakan agar semua pelajar kembali pulih dan penularan virus itu dapat dikekang serta rantaian penularannya diputuskan.
Sebelum ini, Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan 97 kluster jangkitan influenza A dan B dilaporkan pada Minggu Epidemiologi (ME) 40/2025, berbanding 14 kluster minggu sebelumnya, dengan majoriti melibatkan institusi pendidikan.
Iklan
Menurut KKM, semua negeri mencatatkan peningkatan, dengan lima negeri tertinggi ialah Selangor (43 kluster), Kuala Lumpur dan Putrajaya (15), Pulau Pinang (10), Johor (9), dan Kedah (5), dengan kebanyakan kes menunjukkan simptom ringan. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kerajaan Persekutuan, Sarawak setuju nilai RM1.8 bilion ambil alih Pelabuhan Bintulu"><meta itemprop="description" content="Kerajaan Persekutuan, Sarawak setuju nilai RM1.8 bilion ambil alih Pelabuhan Bintulu
Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak secara prinsipnya bersetuju dengan nilai RM1.8 bilion bagi tujuan pengambilalihan Pelabuhan Bintulu, demikian Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke siew Fook berkata, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak kini pada peringkat akhir dalam proses penyerahan pelabuhan itu kepada negeri berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/766714/berita/nasional/kerajaan-persekutuan-sarawak-setuju-nilai-rm18-bilion-ambil-alih-pelabuhan-bintulu
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #sidangdewanrakyat #pelabuhanBintulu"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-04T04:33:19.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/ZzVUm1fWimFGMBNnb/x120"><meta itemprop="duration" content="P84S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x9z7agg"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x9z7agg"></script>