[VIDEO] ‘Layanan Israel kali ini lebih kejam’ – Dr Fauziah

Iklan

SEPANG – “Layanan Israel kali ini lebih kejam, tiada perikemanusiaan langsung berbanding 2016.”

Demikian luahan Dr Fauziah Mohd Hassan, peserta misi Freedom Flotilla Coalition (FFC) x Thousand Madleens to Gaza (TMTG) ketika ditemui di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini pada Ahad.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, misi keduanya ke Gaza kali ini menerima layanan buruk apabila mereka diseret dan dipaksa melutut sebelum dipanggil untuk disoal siasat oleh pihak berkuasa Israel.

“Tahun 2016, mereka cuba menunjukkan kepada dunia bahawa mereka baik tidak memakai penutup muka dan melayan kami seperti nenek-nenek dengan senjata hanya tersarung di pinggang.

Iklan

“Kali ini memang kasar, tiada belas kasihan. Namun, apa yang kami lalui ini tidak seberapa berbanding penderitaan rakyat Gaza. Jangan fokus pada apa yang kami alami tetapi lihatlah apa yang dilalui rakyat Palestin,” katanya.

Dr Fauziah ketika ditemui pemberita di Balai Ketibaan KLIA pada Ahad.

Iklan

Dr Fauziah berkata, cabaran dihadapi peserta FFC, khususnya kru kapal Conscience, hanyalah sementara berbanding tahanan Palestin di Penjara Ketziot yang tidak tahu nasib mereka.

Katanya, misi memecah kepungan ke Gaza kali ini tidak berjaya sepenuhnya, namun telah membuka mata masyarakat dunia terhadap kekejaman rejim Israel.

“Kita jangan kata rugi beli kapal, beli makanan, ubat-ubatan dan semuanya dirampas Israel. Kita tahu setiap perjuangan memerlukan masa serta pengorbanan.

“Freedom Flotilla baru berusia 15 tahun dengan 36 kapal telah dilayarkan. Mungkin pengorbanan itu belum cukup tetapi tekanan ini mesti diteruskan sehingga Gaza benar-benar dibebaskan,” katanya.