KPM ambil serius, beri kerjasama siasatan kes rogol pelajar Tingkatan 3

Iklan
Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah mengalami trauma termasuk tidak mahu ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir dua pelajar senior.

SHAH ALAM - Tiada kompromi terhadap kes salah laku seksual dan tindakan tegas mesti diambil terhadap sesiapa sahaja yang bersalah.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkata, pihaknya mengambil serius kes salah laku seksual yang melibatkan beberapa orang pelajar di sebuah sekolah di Melaka.

Iklan
Iklan

"Kes ini sedang diambil tindakan oleh pihak polis. Semua suspek telah ditahan reman untuk siasatan lanjut.

"KPM memberi kerjasama penuh kepada proses siasatan yang sedang berjalan," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Iklan

Sebelum ini, seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Melaka mengalami trauma termasuk tidak mahu ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir dua pelajar senior.

Lebih menjijikan perbuatan tersebut dirakam dan dilihat dua pelajar lain menggunakan telefon bimbit dalam kejadian di sebuah kelas di Alor Gajah kira-kira jam 2.50 petang pada minggu lalu.

Iklan

Sumber berkata, kejadian pada 2 Oktober itu terbongkar selepas video aib perbuatan tidak bermoral itu tersebar dalam kalangan pelajar sebelum dimaklumkan kepada guru dan seterusnya diketahui ibu mangsa pada petang Jumaat.

Tambah kenyataan itu, semua pentadbir institusi pendidikan diarah untuk mematuhi Garis Panduan Pengurusan Salah Laku Seksual yang sedang digunapakai dan memastikan keselamatan murid, guru dan seluruh warga institusi pendidikan.