SYDNEY - Tiga orang maut selepas sebuah pesawat ringan terhempas lalu terbakar di selatan Wollongong, tenggara Australia pada pagi Sabtu, lapor Xinhua.
Menurut kenyataan polis New South Wales (NSW), pesawat itu terhempas di Lapangan Terbang Shellharbour sejurus selepas berlepas dan api berjaya dipadamkan oleh pasukan Bomba dan Penyelamat NSW.
Biro Keselamatan Pengangkutan Australia telah dimaklumkan berhubung insiden berkenaan, menurut kenyataan itu. - Bernama/Xinhua