Perkukuh budaya integriti dalam warga MINDEF

Iklan
Persidangan Pengurusan Tatatertib MINDEF Tahun 2025 yang berlangsung di Citrus Hotel pada Khamis.

JOHOR BAHRU – Kementerian Pertahanan (MINDEF) terus memperkukuh budaya integriti dan amalan tatakelola baik dalam kalangan warga kerjanya menerusi pelbagai inisiatif serta program kesedaran.

Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan memaklumkan, salah satu usaha itu dizahirkan melalui penganjuran Persidangan Pengurusan Tatatertib MINDEF Tahun 2025 yang berlangsung di Citrus Hotel di sini pada Khamis.

Iklan
Iklan

"Penganjuran program bertujuan memperkukuh kefahaman serta kesedaran mengenai kepentingan integriti dan tatakelola yang baik dalam kalangan warga Kementerian Pertahanan.

"Majlis dirasmikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) MINDEF, Datin Roszanina Wahab dan menghimpunkan seramai 32 pegawai tadbir awam dari seluruh negara," menurut kenyataan itu.

Iklan

Menurut kementerian, sepanjang tahun ini pelbagai inisiatif telah dilaksanakan termasuk Program Pengukuhan Integriti dalam Perkhidmatan Awam, Program Smart Integriti serta Taklimat Pengurusan Tatatertib yang memberi tumpuan kepada peningkatan nilai etika dan akauntabiliti warga pertahanan.

"MINDEF turut menekankan kepentingan amalan peringatan berterusan kepada semua warga kerja agar sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang yang berkuat kuasa.

Iklan

"Langkah ini penting bagi mengelakkan sebarang pelanggaran tatatertib atau tindakan perundangan yang boleh menjejaskan imej serta integriti organisasi,” jelas kenyataan itu lagi.