PRN Sabah: STAR bersama parti tempatan tanding 73 kerusi DUN

Iklan
Presiden STAR, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan

KOTA KINABALU - Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) bersama parti tempatan lain akan bertanding di kesemua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17).

Presiden STAR, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata, Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi STAR telah memutuskan beberapa perkara, antaranya pengesahan tentang kedudukan kelima-lima bekas wakil rakyat STAR, dan lantikan penaja untuk menangani tugas dan tanggungjawab Ketua Bahagian yang telah dikosongkan.

Iklan
Iklan

"Sementara itu, STAR dan parti-parti tempatan fokus untuk bertanding di kesemua 73 kawasan DUN," katanya menerui Facebook pada Jumaat. 

Dalam hantaran tersebut turut menyatakan bahawa pelancaran program Justice for Sabah akan diadakan dan diumumkan dalam masa terdekat.

Iklan

STAR bersama Parti Maju Sabah (SAPP) sebelum ini mengambil pendirian untuk bertanding secara solo dan keluar daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

 

Iklan