Restoran 'kantoi' guna minyak masak peket

Iklan
Minyak paket yang ditemukan dalam pemeriksaan itu.

MELAKA - Tindakan sebuah restoran menggunakan minyak masak peket bersubsidi disyaki bagi kegunaan perniagaan terbongkar selepas diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka menerusi Ops Samar 5.0.

Pengarahnya, Dr Mohd Hazimin Jamaludin berkata, serbuan dilakukan di Bukit Beruang pada Rabu lalu itu hasil aduan awam dan risikan pegawai penguat kuasa yang mendapati premis berkenaan menyimpan minyak masak bersubsidi tanpa kebenaran.

Iklan
Iklan

Menurutnya, hasil pemeriksaan menemukan 31 peket minyak masak bersubsidi seberat satu kilogram pelbagai jenama dan lapan botol minyak masak lima kilogram pelbagai jenama dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan sebanyak RM324.70.

“Selain itu, terdapat plastik minyak masak peket yang telah dipotong dan minyaknya dipindahkan ke dalam botol lima kilogram untuk mengaburi mata pihak berkuasa.

Iklan

"Pemilik restoran turut gagal mengemukakan permit atau lesen bagi menyimpan barang kawalan berkenaan dan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana disyaki melakukan kesalahan," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Tambah beliau, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana peniaga yang menyalahgunakan barang kawalan bersubsidi.

Iklan

Ujarnya, penguat kuasa sentiasa menjalankan pemantauan dan operasi berterusan bagi memastikan tiada pelanggaran undang-undang berlaku.

“Kami turut menggalakkan orang ramai menjadi mata dan telinga KPDN dengan menyalurkan maklumat berkaitan sebarang salah laku perdagangan atau isu kepenggunaan melalui saluran rasmi termasuk hadir ke pejabat KPDN Melaka," katanya lagi.