Misi GSF: Mandla selamat tiba di Johannesburg selepas ditahan Israel

Iklan
Mandla

JOHANNESBURG– Aktivis kemanusiaan dan cucu kepada pejuang anti-apartheid Nelson Mandela, Mandla Mandela, 51, selamat tiba di Johannesburg selepas ditahan oleh pihak berkuasa Israel.

Mandla merupakan sebahagian daripada aktivis yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) demi membantu rakyat Palestin yang masih ditindas rejim Zionis.

Iklan
Iklan

Beliau bersama empat rakyat Afrika Selatan yang lain telah ditahan selama enam hari di sebuah penjara Israel sebelum dibebaskan dan dihantar pulang melalui Jordan.

“Kami digari dengan tali plastik yang ketat di belakang, diturunkan dari bot, dibawa ke pelantar dan dipertontonkan kepada semua orang.

Iklan

"Namun, pengalaman ini tidak seberat penderitaan yang ditanggung rakyat Palestin.

"Apa yang kami alami tidak setanding dengan apa yang dialami rakyat Palestin setiap hari," katanya ketika tiba di lapangan terbang.

Iklan

Beliau disambut penyokong yang mengibarkan bendera Palestin.

Tambah beliau, misi itu adalah satu usaha aman tanpa kekerasan bertujuan untuk memecahkan sekatan yang berlanjutan selama 18 tahun.

Jelasnya, ia membawa mesej solidariti serta bantuan kemanusiaan kepada saudara-saudara kita di Gaza.

"Oleh itu, penahanan secara paksa di perairan antarabangsa jelas menunjukkan satu bentuk penculikan.

"Kami hanya ingin membawa bantuan dan menyampaikan mesej keamanan, tetapi ditindas kerana berani menyuarakan keadilan untuk Palestin," ujarnya.