Kes Zara Qairina: Jurutera direman buat ugutan bunuh terhadap Ram

Iklan
Ram

KOTA KINABALU - Seorang jurutera berusia 27 tahun ditahan reman selepas melakukan ugutan bunuh terhadap peguam, Datuk Ram Singh.

Ugutan bunuh tersebut dipercayai berkaitan dengan prosiding inkues kematian Zara Qairina Mahathir pada 17 Julai lalu.

Iklan
Iklan

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Wan Fara Wan Ghazali pada Rabu, selepas permohonan reman dibuat mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

Perintah reman bermula Khamis hingga Ahad ini dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 507C(1) Kanun Keseksaan.

Iklan

Difahamkan, lelaki tersebut telah menyerah diri di balai polis di sini pada Selasa.

Sementara itu, Ram memaklumkan antara perkataan yang diterimanya melalui mesej ugutan tersebut ialah, 'Nanti kamu mati disoal Tuhan'.

Iklan