Sistem numerikal baharu ramal cuaca sehingga 14 hari lebih awal
Iklan
Nor Yahati (tiga dari kiri) bersama tetamu yang hadir sempena Forum Iklim Kebangsaan 2025 dan Kesiapsiagaan Bencana di Hotel Renai, Kota Bharu pada Rabu. Foto: SINAR HARIAN/HAZELEN LIANA KAMARUDIN
KOTA BHARU - Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) memperkenalkan sistem ramalan cuaca numerikal baharu menggunakan superkomputer berkelajuan enam Petaflops yang akan ditempatkan di Pusat Data Sektor Awam, Kulim, Kedah sekali gus mengukuhkan sistem amaran awal bencana negara.
Timbalan Ketua Setiausaha (Kelestarian Alam), Datuk Nor Yahati Awang berkata, sistem ini akan membolehkan ramalan cuaca dikeluarkan dengan lebih pantas dan tepat sehingga 14 hari lebih awal berbanding hanya tujuh hari sebelum ini.
Iklan
Iklan
Menurut beliau, sistem ini berasaskan teknologi High Performance Computing (HPC) dan disokong oleh kecerdasan buatan (AI) serta Analitik Data Raya (BDA).
"Ia dijangka beroperasi sepenuhnya pada 2027 nanti.
Iklan
"Lonjakan keupayaan ini merupakan satu pencapaian besar dalam sejarah pembangunan teknologi ramalan negara yang diyakini memperkukuh sistem amaran awal serta mempertingkat kesiapsiagaan menghadapi risiko bencana demi melindungi nyawa dan harta benda rakyat," katanya semasa sidang akhbar pada Rabu.
Sebelum itu beliau merasmikan Forum Iklim Kebangsaan 2025 dan Kesiapsiagaan Bencana di Hotel Renai di sini.
Iklan
Hadir sama ialah Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip.
Mengulas lanjut Nor Yahati berkata, sistem baharu ini akan mengecilkan lagi jarak kepada 300 meter berbanding sebelumnya satu kilometer bagi bandar-bandar utama di negara ini.
Ujarnya, maklumat yang bakal diperoleh nanti akan lebih mendalam dan tepat.
"Untuk sistem baharu selepas ini bagi satu kilometer boleh pecahkan kepada sembilan titik.
"Jadi satu bacaan untuk satu kilometer sebelum ini boleh jadi sembilan bacaan yang berbeza dan lebih tepat," jelasnya.
Menurut beliau, perubahan iklim bukan lagi isu masa depan tetapi realiti yang sedang dihadapi hari ini.
Tambahnya, cuaca semakin sukar diramal, kejadian cuaca ekstrem semakin kerap dan memberi kesan langsung kepada keselamatan rakyat kesejahteraan sosial serta kelangsungan ekonomi negara.
"Jadi forum hari ini sangat signifikan kerana ia berlangsung seiring dengan usaha negara memuktamadkan Rang Undang-Undang (RUU) Perubahan Iklim Negara," ujarnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Laporan siasatan pemilikan saham Azam diserahkan minggu depan"><meta itemprop="description" content="Jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyiasat isu pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dijangka menyerahkan laporan siasatan kepada kerajaan pada minggu depan.
Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, jawatankuasa khas itu yang dipengerusikan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar kini hampir selesai proses siasatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769691/berita/nasional/laporan-siasatan-pemilikan-saham-azam-diserahkan-minggu-depan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Jom sertai World #QuranHour 2026 bertemakan Membentuk Manusia Sebelum Membina Dunia.
Daftar di sini untuk pendaftaran fizikal ke Lokasi Perdana:
https://ezy.la/WQH2026
atau daftar di sini untuk Lokasi Hotspot:
https://ezy.la/HOTSPOT
World #QuranHour #SurahAlMuzzammil #QumiLayl #BangkitMalam #Beritasemasa #isupemilikansahamazambaki #SPRM #FahmiFadzil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-27T08:43:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/a7xvC1feLb58B93sa/x120"><meta itemprop="duration" content="P99S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=xa0tyz0"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="xa0tyz0"></script>