Ardell rebah ketika meninggalkan balai ketibaan

Iklan
Ardell dilaporkan rebah ketika meninggalkan balai ketibaan KLIA1 untuk menaiki bas malam tadi. Foto Sinar Harian - ASRIL ASWANDI SHUKOR.

SEPANG – Aktivis Global Sumud Flotilla (GSF), Ardell Aryana rebah ketika meninggalkan balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 (KLIA1) untuk menaiki bas malam tadi.

Ardell, atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin dilihat membelah lautan penyokong sambil mendukung salah seorang anaknya sebelum rebah secara tiba-tiba.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, anggota polis yang berada berhampiran segera membantu bersama salah seorang ahli keluarganya.

Menyedari keadaan itu, suaminya, pelakon Nadzmi Adhwa segera meluru mendapatkan Ardell sebelum membawanya memasuki bas yang sedia menunggu di hadapan balai ketibaan.

Iklan

Ardell, 35, sebelum itu tiba bersama 26 sukarelawan lain menaiki penerbangan Emirates EK432 yang mendarat sekitar jam 10.07 malam.

Ketibaan mereka disambut oleh Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan bersama beberapa kenamaan lain.

Iklan

Misi Global Sumud Flotilla disertai kira-kira 500 aktivis dari 44 negara, termasuk Malaysia, yang belayar menuju Gaza sebagai simbol solidariti dan usaha memecahkan sekatan Israel dengan membawa bekalan penting untuk penduduk Palestin yang terjejas akibat serangan berterusan rejim Zionis.