Enam kenderaan rosak di KTM Ipoh, pemandu van serah diri

Iklan
Kemalangan berlaku apabila sebuah van yang dipandu seorang lelaki hilang kawalan ketika membelok masuk ke simpang.

IPOH - Insiden enam kenderaan rosak di kawasan parkir Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTM) Ipoh awal pagi Ahad lalu terjawab selepas seorang lelaki tampil menyerah diri di Pejabat Polis Trafik Ipoh pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, lelaki berusia 48 tahun itu hadir untuk membantu siasatan berhubung kejadian yang tular di media sosial.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kemalangan kira-kira jam 2.55 pagi pada 5 Oktober lalu berlaku apabila van yang dipandu lelaki berkenaan gagal dikawal ketika membelok masuk ke simpang.

Video tular memaparkan beberapa kereta yang diparkir di Stesen KTM Ipoh mengalami kerosakan.

Iklan

"Keadaan itu mengakibatkan van terbabit hilang kawalan sebelum merempuh enam kenderaan yang diletakkan di kawasan parkir.

“Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini.

Iklan

Beliau berkata, ujian saringan air kencing terhadap lelaki itu mendapati dia bebas daripada sebarang pengaruh dadah.

Antara kenderaan yang terlibat dalam insiden berkenaan.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara cuai dan membahayakan.

"Polis menghargai kerjasama orang awam yang menyalurkan maklumat sehingga membantu mengesan pemandu terbabit," katanya.

Sebelum ini tular di media sosial video berdurasi 30 saat memaparkan beberapa kereta antaranya jenis Honda dan Toyota Vios diparkir di Stesen KTM Ipoh mengalami kerosakan terutama di bahagian but dan bonet.