Mesyuarat Menteri Besar, Ketua Menteri tumpu usaha perkukuh kerjasama - PM

Iklan
Anwar mempengerusikan Mesyuarat bersama Menteri Besar dan Ketua Menteri ke 147 di Putrajaya. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-147 di Putrajaya, pada Selasa.

Menerusi perkongsian di Facebook, Anwar berkata, mesyuarat berkenaan menumpukan kepada usaha memperkukuh kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri khususnya dalam penyelarasan dasar serta pelaksanaan inisiatif pembangunan secara bersama.

Iklan
Iklan

"Diharap segala keputusan dan perancangan yang dibentuk akan membawa manfaat langsung kepada rakyat, terutamanya golongan yang memerlukan,” kata Anwar yang juga Menteri Kewangan. - Bernama