SEPANG - Laungan 'Free Palestin' dan 'Allahu Akhbar' bergema di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 (KLIA 1) di sini bagi menyambut kepulangan 27 sukarelawan Global Sumud Glotilla (GSF).
Dianggarkan lebih 100 orang mula memenuhi ruangan dan mungkin bertambah daripada masa ke masa.