Mayat mangsa bot terbalik ditemukan

Iklan
Bau busuk membawa kepada penemuan mayat seorang wanita dalam kenderaan pacuan empat roda di Pusat Perniagaan Diamond Square, Jalan Gombak di sini pada Selasa. Gambar hiasan (Gambar kecil: Mohamad Lazim)

JOHOR BAHRU - Mayat seorang pemancing yang dikhuatiri lemas selepas bot fiber dinaiki terbalik di perairan Selat Johor berdekatan Kampung Tebing Runtuh, di Iskandar Puteri semalam ditemukan tengah hari tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Iskandar Puteri, Pegawai Bomba Kanan (PBK) I Saifulizam Salleh berkata, mayat lelaki berusia 43 tahun itu ditemukan oleh nelayan pada jam 12.55 tengah hari.

Iklan
Iklan

"Mayat ditemukan pada jarak 100 meter dari tebing dan dibawa ke darat oleh Pasukan Keluaran Operasi (PKO),” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Iklan

Semalam, Saifulizam berkata, bot dinaiki mangsa bersama seorang lagi lelaki berusia 43 tahun terbalik dalam jarak 150 hingga 200 meter dari tebing.

Bagaimanapun, rakan mangsa terselamat selepas berenang ke rumah rakit berdekatan dan dibantu nelayan tempatan. - Bernama

Iklan