Mijo’s juara ABOTBA Perak 2025
Iklan
Kumpulan Mijo's yang dinobat sebagai juara ABOTBA Perak 2025 merupakan salah satu bakat seni Orang Asli yang berjaya ditonjolkan hasil pelbagai program dilaksana kerajaan negeri.
IPOH – Bakat seni masyarakat Orang Asli terus menyerlah apabila kumpulan muzik Mijo’s muncul juara Asli Battle Of The Band (ABOTBA) Perak 2025 pada Karnival Mesra Anak Muda (KAMU) baru-baru ini.
Iklan
Iklan
Siapa sangka, penyertaan pertama kumpulan muzik dari Kampung Tumboh Hangat, Bota itu selepas 10 tahun ditubuhkan membawa tuah besar apabila berjaya menewaskan empat finalis lain.
Wakil kumpulan, Reza Ezani Rajemi, 20, berkata, biasanya mereka hanya buat persembahan di kenduri atau majlis korporat, namun tidak menyangka percubaan pertama terus menang.
Iklan
“Mungkin disebabkan ahli kami terdiri daripada orang muda, ia memberi sedikit kelebihan apabila dapat membawakan lagu dengan cara lebih segar.
“Untuk peringkat akhir ini, kami mengetengahkan elemen muzik rock moden dan itulah identiti kumpulan,” katanya yang turut menzahirkan penghargaan kepada kerajaan negeri yang sentiasa memberi ruang kepada Orang Asli menonjolkan bakat.
Iklan
Dianggotai Rickin Nasmeel, Mazri Anjang, Muhammad Zaifudee, Mazushita Akina dan Erna Ngah Ajip, Mijo’s berjaya menawan hati juri dengan lagu ciptaan sendiri Loi Nus serta medley Bukan Lagi Kita selain Sepi Sekuntum Mawar Merah.
Kemenangan itu melayakkan mereka mewakili Perak ke peringkat kebangsaan pada November ini selain membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM2,000 dan piala iringan.
Mohd Zolkafli (depan, lima dari kanan) bersama kesemua finalis ABOTBA Perak 2025 selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang sempena KAMU 2025 yang diadakan baru-baru ini.
Sementara itu, Exco Pembangunan Luar Bandar Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun berkata, ABOTBA menjadi platform mencungkil potensi seni anak muda Orang Asli dengan rancangan membawa mereka ke pentas lebih besar bersama artis tersohor tanah air.
“Penganjuran ABOTBA Perak 2025 dilihat sebagai salah satu usaha kerajaan negeri bersama agensi untuk mewujudkan platform khusus mencungkil potensi masyarakat Orang Asli dalam bidang seni.
“Ramai anak muda Orang Asli sebenarnya berbakat. Kita akan berbincang dengan JAKOA (Jabatan Kemajuan Orang Asli) dan kerajaan negeri untuk memberi sokongan," katanya.
Pengiktirafan bakat seni Orang Asli tersebut adalah sebahagian daripada agenda Pembangunan Sosial yang menjadi salah satu agenda utama dalam pelan Perak Sejahtera 2030.
Usaha memperkasa masyarakat Orang Asli berkenaan merupakan hasrat Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dalam memastikan tiada rakyat terpinggir dalam arus kemajuan negeri.
Kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai tindakan terhadap Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain yang diutarakan oleh Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim pada persidangan Dewan Rakyat, di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur, pada Selasa.
Menurutnya, tindakan yang dikenakan terhadap Shuhaily tidak sepatutnya dianggap sebagai kontroversi politik kerana sebarang dakwaan salah laku perlu melalui proses undang-undang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803059/berita/nasional/prestasi-baik-atau-jasa-seseorang-pegawai-tidak-boleh-dijadikan-alasan-mengetepikan-siasatan-ndash-anwar
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.